Thursday, 11 December 2014

Mengira Pahala?


Assalamualaikum w.b.t kepada para pembaca sekalian.Alhamdulilah,Allah masih mengizinkan saya untuk bernafas di muka bumiNya.Dapat juga saya menyampaikan tazkirah melalui entri ini.Disini saya ingin berkongsi satu tazkirah yang mana saya saya dengar dari satu rancangan keagamaan.Tajuknya adalah Mengira Pahala.

Memetik kata-kata Imam Ghazali: Menuntut ilmu adalah takwa,menyampaikannya adalah ibadah,mengulang-ulangnya adalah zikir dan mencarinya adalah jihad.

Berkira pahala ini sebenarnya terbahagi kepada dua aspek.Aspek positif dan negatif.Aspek positifnya adalah muhasabah diri..Dari aspek negatifnya pula adalah merasakan pahalanya cukup jadi dia merasakan tidak perlu mengandakan pahalanya.

Ibadah yang kita lakukan ini biarlah bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W dan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.Antara Syarat ibadah adalah niat dan ikhlas.Ikhlas ini bagaikan ibu kepada ibadah.

Seandainya kita ditanya adakah kita ikhlas dalam melakukan ibadah ini dan ini.Bagi saya iklhas di hati.Antara kita dan Allah.

Disini saya hendak selitkan dua situasi yang mana kemungkinan berlaku dalam kehidupan seharian kita.

SITUASI PERTAMA
Sekiranya waktu kita hendak melakukan perkara yang baik kita ikhlas Tapi selepas itu,kita dapat gangguan(riyak dan seumpama dengannya).Kita dapat ikhlas tersebut cuma kurang pahala jadi kita kena cepat-cepat istighfar.

SITUASI KEDUA
Sekiranya kita lakukan ibadah dengan niat menunjuk-nunjuk.Awal-awal lagi sudah ditolak jadi kena TAUBAT.

Orang yang ujub tidak akan suka berdoa kepada Allah.Doa menyatakan kehambaan kita pada Allah.Doa yang paling besar adalah solat.Solat dari segi bahasa adalah doa.

Ketika mana kita solat,kita akan sujud.Sujud itu waktu yang paling kita rapat dengan Allah.Sebabtu Allah suka orang yang banyak sujud.

Dahi tempat yang paling mulia berbanding anggota badan yang lain.Apabila kita sujud,kita sedang merendahkan tempat yang mulia.Ketika itu,jika kita benar-benar merendahkan diri kita pada Allah,tidak akan lahir sifat ujub.

Diharapkan tazkirah yang saya kongsi tadi dapat memberi manfaat kepada para pembaca.Teguran pembaca amat saya hargai bagi memperbetulkan kesilapan saya dalam penulisan ini.
Wallahualam.

nikmat Islamku

Assalamualaikum.bismillah


Saya mulakan cerita saya dengan selawat ke atas junjugan besar nabi muhammad S.A.W.Allahumasolli ala saidina muhammad waala alihi wasohbihi wabarik wasalim.ALLAHU AKBAR.

Pertemuan  itu tak mungkin dapat saya lupakan begitu sahaja.Mana tidaknya,kerana pertemuan itulah yang telah menyedarkan saya begitu pentingnya NIKMAT ISLAM.Kenapa?Pertemuan?Ada apa dengan pertemuan?Pertemuan dengan siapa?Barangkali inilah soalan-soalan yang menerjah dalam kotak fikiran para pembaca.hahaha.

Ceriteranya bermula tatkala saya menemani sepupu-sepupu yang masih kecil bermain di taman permainan.Biasalah kanak-kanak.Mereka suka bermain.KEADAAN taman permainan menambahkan lagi keseronokan mereka bermain.Mana tidaknya!Hujan yang lebat akhirnya membentuk suatu kolam.ha ha ha.
Biar saya teka.Para pembaca sedang tertanya-tanya bukan.Apa kaitan kolam dan nikmat islam kan?
tunnggggggu.Baca bagi habis.

Sedang saya melihat mereka bermain,tiba-tiba kami didatangi oleh dua orang budak.Kakak dan adik lelakinya.Kami sempat membuat sesi taaruf.Rupanya nama dia adalah Marchelle Ellisa.Hati saya  mengatakan orang Melayu sekarang memang suka meletakkan nama nama anak omputeh.Sempat juga saya bertanya nama adiknya.Dijawabnya Leper.

Leper?Saya kebingungan.`Bukan  Melayu kah?Kalau bukan Melayu orang apa?` hati sedang berbicara.Takut nak bertanya agama namun saya kuatkan jiwa untuk bertanya dengan `pro`.ohohoho.Ayah panggil apa.Nama ayah apa?Lalu dijawabnya Daddy.Nama ayahnya Tibun.

Sah!Bukan Islam.Saya bertanya lagi.Ampa orang......*meminta untuk dia menyambung.
Diisambungnya Iban.Sungguh,saya telah tertipu dengan iras wajahnya.Sungguh!wajahnya seiras orang kita.Dialek dia bercakap juga menyebabkan saya terTIPU..Perasaan saya bertambah membuak-buak apabila pelbagai soalan mengelingi fikiran saya.`Macam mana orang Iban sembahyang?tanya saya.

`Kami tak tak tau,lagipun tak pernah masuk gereja.`mulut saya terlopong.`ohhh orang kristian` dia mengganguk tanda setuju dengan kata-kata saya.`Ampa pernah masuk masjid tak?
`Pernah!bulan 6 nanti Mommy dan Daddy nak masuk Islam.`

Riak muka saya berubah bergembira.Berkali-kali saya mengucapkan lafaz Alhamdulilah.
Namun,saya terdiam sejenak.Berfikir dan berfikir hingga mata saya hampir `berkaca`
Sungguh,semuanya bukan kebetulan.Semuanya telah dirancang oleh Allah.

Saya tidak perlu mencari tuhan.Kenapa?Kerana saya telah dilahirkan dalam nikmat Islam.Tapi mereka...Mereka perlu mencari tuhan yang menciptakan mereka.ALLAH.Alangkah celakanya saya jika Allah tidak memilih saya untuk  menganuti agamaNya.Dan kehidupan saya bakal sia-sia.Namun,Allah menyusun kehidupan saya dengan nikmat Islam.

Persoalannya.adakah kita menghargai nikmat Islam.Soalan ini saya tinggaalkan bersama anda.Jika kita benar menghargai nikmat Islam,pasti kita akan bangun untuk solat walau apa jua sekalipun keadaan kita.Dan sudah pasti kita tidak akan memberi seribu alasan untuk melengahkannya.ALLAHURABBI.

inilah saudara semuslim kita.Walaupun 2 kalimah syahadah belum meniti di bibirnya namun mereka telahpun islam di hati kerana mengakui adanya Tuhan yang Esa yakni ALLAH.Sama-samalah kita doakan agar mereka sentiasa berada dalam bimbinganNYA.Aaaaaminnnn.

Wallahualam.












Wednesday, 29 October 2014

Pemuda Miskin disayangi nabi


         Rabi'ah bin Kaad adalah seorang pemuda miskin,tidak memiliki keluarga dan harta bahkan tempat tinggal.Beliau menetap di serambi masjid bersama rakan fakir lain yang sering digelar sebagai ahlus shufah atau dhuyuful islam(tetamu islam).

Beliau melayani segala keperluan Rasulullah sejak matahari terbit hingga selesai solat Isyak.Bukan itu saja,ketika Rasulullah tidur,Rabi'ah sering berjaga di depan pintu rumah Baginda SAW.

Suatu hari,Rasulullah memanggilnya dan meminta Rabi'ah mengemukakan sebarang permintaan.Hasratnya ingin meminta kekayaan dunia supaya bebas daripada kefakiran dan mempunyai isteri serta ank seperti sahabat lain.

Namun,jauh di lubuk hatinya berkata,jika kekayaan dunia akan lenyap mengapa tidak memohon supaya Rasulullah mendoakan keada Allah kebaikan akhirat.
Dengan perasaan lega,beliau bertemu Rasulullah dan memohon supaya Baginda SAW mendoakannya supaya dapat menjadi sahabatnya di Syurga.

Selepas diam sejenak,Rasulullah bersabda,:
Jika tidak ada lain permintaanmu,bantulah aku untuk dirimu,perbanyakkan sujud."
Rasulullah bertanya lagi,"Wahai Rabi'ah bin Kaab tidakkah engkau mahu bernikah?"

Rabi'ah menjawab beliau enggan bernikah kerana khuatir ia mengganggu dalam memberikan khidmat kepada Rasulullah selain tiada harta untuk dijadikan mahar.

Rasulullah bertanya lagi dan jawapannya tetap sama.Namun,selepas beberpaa ketika beliau berfikir yang Rasululllah lebih mengetahui apa yang baik di dunia dan di akhirat.Beliau bertekad untuk menerima cadangan Rasulullah berumah tangga jika ditanya semula oleh Baginda.
Suatu hari,Rasulullah bertanyakan semula adakah beliau mahu bernikah.Beliau menjawab nya,tetapi merendah diri kerana kekurangan dirinya.

Rasulullah meminta beliau melamar anak gadis satu keluarga dan keluarga itu menerimanya kerana diutuskan oleh Rasulullah.Bagaimanaun,Rabi'ah kembali keada Baginda SAW dan mengadu ketiadaan mahar.

Baginda memanggil Buraidah bin Khasib dan meminta mengumpulkan emas seberat biji kurma untuk Rabi'ah.Rasulullah juga memerintahkan Buraidah mengumul wang membeli kambing dan meminta Aisyah  menyediakan gandum untuk diadakan kenduri kahwin.

Rabi'ah turut dihadiahkan sebidang kebun yang bersempadan dengan kebun Abu Bakar.Suatu hari,beliau berselisih faham dengan Abu Bakar mengenai sebatang pokok kurma.

Rabi'ah berkeras pokok itu dalam tanahnya,sehinggakan Abu Bakar mengeluarkan kata-kata yang agak kesat.Abu Bakar segara memohon maaf kerana kata-kata kasarnya dan meminta Rabi'ah membalasnya.

Rabi'ah enggan dan Abu Bakar mengajaknya berjuma Rasulullah.Kaumnya Bani Aslam mencela sikap Rabi'ah yang enggan membalas kata-kata kesat Abu Bakar.

Beliau kemudian menghalau kaum-kaumnya kerana khuatir Abu Bakar menyangka kaum Bani Aslam itu membantunya sehingga menyebabkan sahabat baik Rasulullah itu marah.

"Jika Abu Bakar marah,nanti akan diadukan kepada Rasulullah,Rasulullah pula akan marah berikuran kemarahan Abu Bakar.Kemarahan mereka berdua adalah kemarahan Allah,maka aku yang susah"kata Rabi'ah.

Rabi'ah kemudian bertemu Rasulullah dan menceritakan aa yang berlaku.Rasulullah tersenyum dan bersabda,
"Baik,kamu jangan ucakannya kata-kata itu dan katakanlah semoga Allah membalasmu dengan kebaikan wahai Rabi'ah".

Rabi'ah kemudian bertemu Rasulullah dan menceritakan apa yang berlaku.Rasulullah tersenyum dan bersabda"Baik kamu jangan ucakan kata-kata itu dan katakanlah semoga Allah mengampuni Abu Bakar"

         Rabi'ah mengucakan seperti yang disarankan Rasulullah,mendengar itu,Abu Bakar dengan linangan air mata berkata,"semoga Allah membalasmu dengan kebaikan wahai Rabi'ah".
Wallahualam.

Tanda2 kematian

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :
1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu ‘Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu ‘Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3. Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.
4. Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
5. Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu ‘Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.

6. Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Penutup
Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Wallahu a’lam…
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.
Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati sebagaimana firman Allah SWT
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, ”
(Al-Imran :185)
Jadi bermula hari ini gunakanlah peluang yang berbaki untuk beramal soleh, berazamlah serta panjatkan doa agar kita mati dalam keadaan Husnul khatimah 
seelok-elok Kesudahan/kematian” dan mohon juga dari Allah dijauhkan kesudahan yang tidak baik.
1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 (ziarah Izrail) = 20.571 minit.
Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit, Subhanallah.. Allahu Akbar.

Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita dikembalikan..

Harapan demi Harapan

Assalamualaikum.bismilah.

Sabda nabi:
Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.


           Sebagai masyarakat yang bergelar muslim,berdakwah telah pun menjadi satu kewajipan kepada kita seperti yang dinyatakan hadith diatas.


           Pelbagai usaha yang dilakukan oleh para daie dalam menyebarkan syiar islam di atas muka bumi Allah ini.Kecangihan teknologi yang ada pada zaman kini kami gunakan manfaatnya.

           Bagi kami (Kelab Diari Mujahadah),kami menjadikan internet sebagai satu platform untuk kami berdakwah.
Diharapkan dengan mewujudkan blog ini pembaca mendapat pelbagai manfaat dan faedah.