Wednesday, 29 October 2014

Pemuda Miskin disayangi nabi


         Rabi'ah bin Kaad adalah seorang pemuda miskin,tidak memiliki keluarga dan harta bahkan tempat tinggal.Beliau menetap di serambi masjid bersama rakan fakir lain yang sering digelar sebagai ahlus shufah atau dhuyuful islam(tetamu islam).

Beliau melayani segala keperluan Rasulullah sejak matahari terbit hingga selesai solat Isyak.Bukan itu saja,ketika Rasulullah tidur,Rabi'ah sering berjaga di depan pintu rumah Baginda SAW.

Suatu hari,Rasulullah memanggilnya dan meminta Rabi'ah mengemukakan sebarang permintaan.Hasratnya ingin meminta kekayaan dunia supaya bebas daripada kefakiran dan mempunyai isteri serta ank seperti sahabat lain.

Namun,jauh di lubuk hatinya berkata,jika kekayaan dunia akan lenyap mengapa tidak memohon supaya Rasulullah mendoakan keada Allah kebaikan akhirat.
Dengan perasaan lega,beliau bertemu Rasulullah dan memohon supaya Baginda SAW mendoakannya supaya dapat menjadi sahabatnya di Syurga.

Selepas diam sejenak,Rasulullah bersabda,:
Jika tidak ada lain permintaanmu,bantulah aku untuk dirimu,perbanyakkan sujud."
Rasulullah bertanya lagi,"Wahai Rabi'ah bin Kaab tidakkah engkau mahu bernikah?"

Rabi'ah menjawab beliau enggan bernikah kerana khuatir ia mengganggu dalam memberikan khidmat kepada Rasulullah selain tiada harta untuk dijadikan mahar.

Rasulullah bertanya lagi dan jawapannya tetap sama.Namun,selepas beberpaa ketika beliau berfikir yang Rasululllah lebih mengetahui apa yang baik di dunia dan di akhirat.Beliau bertekad untuk menerima cadangan Rasulullah berumah tangga jika ditanya semula oleh Baginda.
Suatu hari,Rasulullah bertanyakan semula adakah beliau mahu bernikah.Beliau menjawab nya,tetapi merendah diri kerana kekurangan dirinya.

Rasulullah meminta beliau melamar anak gadis satu keluarga dan keluarga itu menerimanya kerana diutuskan oleh Rasulullah.Bagaimanaun,Rabi'ah kembali keada Baginda SAW dan mengadu ketiadaan mahar.

Baginda memanggil Buraidah bin Khasib dan meminta mengumpulkan emas seberat biji kurma untuk Rabi'ah.Rasulullah juga memerintahkan Buraidah mengumul wang membeli kambing dan meminta Aisyah  menyediakan gandum untuk diadakan kenduri kahwin.

Rabi'ah turut dihadiahkan sebidang kebun yang bersempadan dengan kebun Abu Bakar.Suatu hari,beliau berselisih faham dengan Abu Bakar mengenai sebatang pokok kurma.

Rabi'ah berkeras pokok itu dalam tanahnya,sehinggakan Abu Bakar mengeluarkan kata-kata yang agak kesat.Abu Bakar segara memohon maaf kerana kata-kata kasarnya dan meminta Rabi'ah membalasnya.

Rabi'ah enggan dan Abu Bakar mengajaknya berjuma Rasulullah.Kaumnya Bani Aslam mencela sikap Rabi'ah yang enggan membalas kata-kata kesat Abu Bakar.

Beliau kemudian menghalau kaum-kaumnya kerana khuatir Abu Bakar menyangka kaum Bani Aslam itu membantunya sehingga menyebabkan sahabat baik Rasulullah itu marah.

"Jika Abu Bakar marah,nanti akan diadukan kepada Rasulullah,Rasulullah pula akan marah berikuran kemarahan Abu Bakar.Kemarahan mereka berdua adalah kemarahan Allah,maka aku yang susah"kata Rabi'ah.

Rabi'ah kemudian bertemu Rasulullah dan menceritakan aa yang berlaku.Rasulullah tersenyum dan bersabda,
"Baik,kamu jangan ucakannya kata-kata itu dan katakanlah semoga Allah membalasmu dengan kebaikan wahai Rabi'ah".

Rabi'ah kemudian bertemu Rasulullah dan menceritakan apa yang berlaku.Rasulullah tersenyum dan bersabda"Baik kamu jangan ucakan kata-kata itu dan katakanlah semoga Allah mengampuni Abu Bakar"

         Rabi'ah mengucakan seperti yang disarankan Rasulullah,mendengar itu,Abu Bakar dengan linangan air mata berkata,"semoga Allah membalasmu dengan kebaikan wahai Rabi'ah".
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment